Powered by Blogger.

Syaf's Handwriting

Navigates You to My Boring Life

     Cerita Dolittle ni mengisahkan tentang John Dolittle,seorang doktor yang merawat manusia dan juga haiwan yang sakit.Dr. Dolittle ni dia ada satu kelebihan yang jarang-jarang orang boleh nampak iaitu bercakap dengan haiwan.


 

      Movie Dolittle ni merupakan adaptasi siri novel kanak-kanak ditulis oleh Hugh Lofting pada tahun 1920.Mendiang Lofting mula menulis novel Dolittle semasa World War II kepada anak-anaknya.Genre Dolittle ni adalah fantasy adventure.Cerita Dolittle ni banyak diadaptasikan into novels,animation and live action di Eropah dan dikatakan popular sekitar 40-an.

       Apa yang menarik mengenai cerita Dolittle ni adalah pelakon popular Marvel Ironman,Robert Downey Jr. as the main cast of the movie.Bukan setakat tu je,malah beliau jadi penerbit filem ini untuk Universal Studios dengan gandingan pelakon suara Hollywood seperti Selena Gomez,John Cena,Emma Thompson dll.

       Dr. Dolittle (Robert Downey Jr.) is an eccentric doctor yang berkebolehan untuk memahami bahasa haiwan dan menjadikan mereka sebagai member rapat dalam perubatan.Hidup Dolittle ni sangatlah happy sebab beliau banyak ubati permaisuri dan rakyat jelata yang sakit sehinggalah dapat sebuah rumah untuk menjaga wildlife dengan isteri tercinta,Lily Dolittle (Kasia Smutniak) seorang penggembara.Tapi happy moment Dolittle tak kekal lama bila isterinya mati dihanyut ombak besar semasa menggembara di laut.Dr. Dolittle mengalami mental breakdown yang teruk kehilangan isteri tercinta sehingga memaksa beliau untuk mengasingkan diri dari orang ramai.

        One boy nama dia Tommy Stubbins (Harry Collet) keluar memburu dengan pakciknya.And then suddenly tertembak tupai atas pokok.Stubbins pun ikut Polynesia,seekor parrot yang boleh bercakap ke tempat hideout Dr. Dolittle untuk merawat tupai.Stubbins terkena jerat Dr. Dolittle and then terjumpa dengan Rose (Carmel Laniado) dayang istana.Rose ingin berjumpa dengan Dr. Dolittle kerana ketika itu Raja Permaisuri,Queen Victoria(Jessie Buckley) tenat dan perlukan ubat untuk merawat baginda.Dr. Dolittle pada mulanya hesitate untuk merawat baginda tapi disebabkan kontrak tanah yang pernah dibuat dengan Queen Victoria,Dr. Dolittle and the voyage memulakan adventure mereka mencari Eden Tree untuk merawat Queen Victoria. 



         Pada pendapat aku,watak Dolittle ni lebih kurang macam Sherlock Holmes dalam dunia kanak-kanak sebab beliau pandai plan strategi untuk tangkap semua penjahat termasuk musuh ketat beliau,Dr Mudfly (Michael Sheen) yang cuba halang Dolittle and the gang ini cari penawar di pulau.Robert Downey Jr. is a very talented actor sebab beliau berupaya untuk melakonkan watak yang serius diselang-seli dengan humour tersendiri.

Image result for polynesia dolittle 

        Karakter yang paling aku suka tengok dalam movie ni adalah Polynesia,seekeor parrot sebab dia berfikir panjang dan kreatif selesaikan masalah.Eventhough Poly selalu berbeza pendapat dengan Dolittle tapi dia ada sifat convincing yang tinggi.No wonder Poly ni karakter yang paling menyerlah dalam movie Dolittle.Besides,she is caring dengan member-member Dr. Dolittle.Mungkin certain plot cerita dalam movie ni takkan hidup kalau karakter Poly ni tiada untuk gerakkan cerita Dolittle.




       Cerita Dolittle ni jalan cerita best cuma dia ada banyak kelemahan yang perlu dibaiki.Movie ni terlalu sarat dengan jalan cerita yang tak perlu menyebabkan movie ni kurang unsur dramatic kepada penonton.Transition from one scene to another nampak cepat sangat so dia nampak a total mess semasa ditayangkan.Watak haiwan as CGI rasanya biar cukup-cukup sahaja.Terlalu ramai character sedikit sebanyak mengganggu tone suara dalam movie ni.

        Overall,aku rate cerita ni ⭐6/10.Movie Dolittle ada special moral value which is kita usaha tunaikan hasrat orang yang kita sayang.Cerita ni perlu digarap lebih elok.Sepatutnya producer dan scriptwriter perlu bijak bahagikan scene mengikut kesesuaian agar penonton enjoy dan faham cerita yang nak disampaikan.
    Tanggal 14 Januari 2020 menandakan sudah habis final exam untuk sem 1.Maka dengan ini ramailah student packing barang masing-masing pulang ke kampung halaman.Cuma sekarang ni aku dengan Sakinah dah tempah tiket masing-masing balik lewat sikit.Aku dah berpakat jalan-jalan cari makan lepas exam dengan Sakinah.Yelah after exam buat cara after exam.So,malam tadi kita pergi makan di

Kassim Baba Roti Tempayan Cheese!

       Aku dengan Sakinah memang dah lama nak keluar merasa cuma masa tu busy dengan assignment dan exam.Lagi satu aku nak kumpul duit.Nak plan budget dulu berapa harga roti tempayan dan expenses untuk naik bas esok.Takdelah kelam kabut sangat nanti.

        Anyway,kitorang naik Maxim je lepas solat Isyak.Tempat tu tak jauh dari UIA Kuantan dan TSK.Kedai ni betul-betul di lorong IM 3/10.Bila sampai je kedai Kassim Baba ni MashaAllah ramai giler orang masa malam-malam sampai ke luar kedai berpusu-pusu duduk makan.Aku suka tengok dia punya deco kedai.Nampak klasik dengan design kayu.Since ramai orang makan kat bawah,aku dengan Sakinah decide nak makan kat bahagian atas.Tempat pun clean.Best nak datang melepak.

       
        Kitorang ambik order self-tick.Maksudnya tengok order lepastu tick sendiri dalam list menu nak makan apa.Masa tu aku order Roti Tempayan Cheese Garlic + Kuah Gulai Ayam dengan Air Teh Lava and Sakinah pun sama cuma dia order Roti Tempayan Cheese biasa.Selain roti tempayan cheese,ada jugak menu lain macam nasi arab.Sampai je air tu kat meja kitorang.Presentation air lava tu memang wow!Sama macam dalam gambar punya.


      Air dia tu berbuih penuh satu gelas.Mesti tukang bancuh air ni tarik teh ni sampai ke atas bumbunggg.Rasa air teh lava ni sedap!Tak manis cukup je rasa susu dia.Harga air teh lava ni RM3.50,worth the money spent on a good tea.Tak lama lepas tu,menu yang kitorang order dah sampai.Muka aku dengan Sakinah dah excited senyum sampai ke telinga sebab content Cheese dia padu weyhh,panas-panas roti tempayan dia masak.


     
        Harga Roti Tempayan Cheese ni dalam range RM7-RM10.Harga kuah dia asing-asing(RM2.50).Kuah pun banyak jugak dia bagi.Menyesal tak share je dengan Sakinah masa tu HAHAHA.Roti Tempayan Cheese dia dah sedap cuma nak lagi elok you guys kena order Roti Tempayan Cheese Garlic sebab dia bau wangi tambah pulak dengan rempah ratusnya MashaAllah berbaloi giler spend time after exam.


       Overall aku rate Kassim Baba ni ⭐10/10.Bolehla ajak family ke member2 mari lepak sini sebab dia worth value for moeny.Kenyang sebab tak kedekut cheese.Lain kali kalau berkesempatan,aku nak jugak merasa menu lain next time.
      Korang nak belajar cara mengurus masa?Nak improve performance untuk complete task berlambak-lambak? Perlukan suatu benda untuk keep track aktiviti korang setiap hari?Mungkin Bullet Journal benda yang korang semua perlukan!

Apa itu Bullet Journal?

       Bullet Journal atau Bujo mula diperkenalkan oleh Ryder Caroll, a designer from New York.Beliau dah lama guna bullet journal method ni since ada masalah untuk concentrate buat kerja beliau. Bullet Journal ni dikira sebagai medium untuk kita semua letak apa sahaja,from diary, to do list or even sketches.Bullet journaling ni is a great thing to do because sebagai contoh you guys seorang yang aktif dan ada macam-macam komitmen perlukan bullet journal untuk keep track semua activities korang. Bullet Journal ni dia ada macam-macam style,yang dah print mahupun D.I.Y. semua ikut kreativiti kita.

Apa yang diperlukan untuk Bullet Journal?

        Bullet journal ni kan sumpah simple sangat-sangat.All you have to do is buying a pen and a notebook.Eh itu sahaja ke?Tiada benda lain?Okey bagi yang suka berkreativiti you guys boleh guna pen brush,watercolour,stencil untuk tekap shapes dan sebagainya.


Apa benda yang boleh ditulis dalam Bullet Journal?

       Anything!Dari sekecil-kecil benda sampailah ke benda paling penting dalam hidup korang.Ini contoh inspiration untuk tulis dalam Bullet Journal korang sebagai rujukan.


Basic Content Untuk Letak Dalam Bullet Journal.

1. Keywords 

Keywords ni dia optional. Untuk yang suka lebih organized,korang boleh letak any keywords untuk event ikut hari yang spesifik.Katakanlah korang ada event yang cancel,ataupun perlu berdepan dengan deadline assignment,you guys boleh tanda apa sahaja untuk jadi rujukan di kemudian hari.

2.Monthly Log

Guna untuk track event monthly.Kadang-kadang designer kat luar sana dah tetapkan theme ikut bulan,so Bujo diorang end up akan nampak cantik tersusun je untuk menulis nanti.

3.Budget Tracking

 Make sure duit simpanan dibelanjakan pada tempat yang betul.

4.Daily Log

Keep track aktiviti kita dalam sehari.Dia ada banyak format,Nak yang lagi simple,korang boleh buat dalam bentuk to-do-list and bagi yang bertangan seni ada tulisan cantik,korang boleh buat dalam bentuk diary!

5.Summary 

Korang boleh juga rekod apa yang korang dapat or summarize untuk self reflection dan penambahbaikan untuk diri sendiri

    Aku start buat Bullet Journal ni lepas tengok AmandaRachLee, a designer and youtuber buat eksperimen Bujo.Aku suka tengok semua design Bujo yang dia buat step by step cantik dan unique.Semua artwork dia boleh inspired korang untuk decorate journal step by step.

  [Click Here]Channel AmandaRachLee

   Ini pula contoh journal aku buat tahun lepas.Buat masa ni aku baru sahaja belajar main colour hitam dan putih.InshaAllah kalau berkesempatan,aku belajar lagi cara buat bullet journal guna warna dan sketches macam-macam theme untuk tahun depan.

Budget Planning secara bulanan.Hutang atau income berapa banyak boleh dapat catit dalam ruangan ni.
Aku letak sticker sebagai wish board muka depan journal.
Plan meal beserta budget ikut bulanan semasa di UIA.
Summary secara bulanan untuk review dan reflection.
Senarai buku dibeli untuk dibaca kemudian hari
Senarai Movie 2020 dalam bentuk popcorn
Senarai lagu untuk didengari dalam bentuk handphone.







             Hari ni lepas dah penat buat kerja satu hari,kita mesti rasa macam nak minum something fresh kan? Most of the time certain orang suka minum kopi disebabkan oleh aromanya yang tersendiri. Seperti yang semua orang tahu, nowadays banyak cafe yang offer various types of coffee yang mempunyai rasa, tekstur dan cara penyediaan yang unik untuk huge fans. Adat minum kopi ni digemari ramai sejak zaman-berzaman dan mula berevolusi mengikut citarasa masing-masing.  Aku tiada tea untuk spill kali ni for you guys. Instead, kita santai-santai je hari ni nak sembang mengenai 7 jenis kopi yang paling sedap dijual kedai-kedai kopi seantero dunia.
Credit to Coffee Sesh

1.Affogato
credit to Munchkin Time
             Affogato sebenarnya merupakan dessert daripada Italy yang bermaksud "tenggelam". Based on gambar di atas, espresso panas dituang ke dalam satu scoop aiskrim gelato. Hasilnya, aiskrim gelato itu akan cair dalam espresso dan terhasillah kopi Affogato. Minuman Affogato sangat popular di Eropah disebabkan oleh best combination antara rasa manis berlemak aiskrim itu sendiri dengan rasa pahit Espresso. Affogato ni biasanya disajikan dalam bentuk dessert tapi ada juga kafe yang jadikan ia sebagai beverage dalam menu. Di Malaysia jarang sangat nampak kafe yang serve Affogato and aku suggest kafe di luar sana sepatutnya cuba sajikan minuman ini untuk beri sedikit kelainan kepada customer.

2.Espresso
credit to Rappler
            Espresso merupakan basic coffee yang diekstrak daripada biji kopi yang telah dikisar bersama air panas with high pressure. Kopi Espresso berasal daripada Milan, Itali. Espresso berasal daripada bahasa Itali yang bermaksud express kerana penyediannya dalam masa yang sangat singkat. Espresso pada mulanya dianggap sebagai susah nak buat kerana air yang sangat menggelegak daripada mesin menyebabkan biji kopi hangus dalam skala yang besar sehingga pada tahun 1938, mesin kopi yang dicipta oleh Cremonesi menggunakan air panas instead of air mendidih untuk menghasilkan kualiti Espresso yang lebih baik. Kebanyakan kafe perlu membuat Espresso most of the time kerana ia merupakan base coffes lain seperti Macchiato, Americano, Cappuccino dan juga Latte.

 3.Americano
credit to Abbie Provost
            Kopi Americano (juga dikenali sebagai Long Black Coffee) merupakan kopi Espresso yang ditambah air panas ke dalamnya. Preparation untuk membuat Americano ini dengan menggunakan ratio content Espresso kepada hot water ikut nisbah 1:1 untuk elakkan Americano daripada terlalu cair. Americano banyak diminum semasa World War II kerana penduduk Amerika pada masa itu melimitkan coffee consumption dan dalam masa yang sama kekalkan tradisi kopi Espresso. Biasanya barista menambahkan sedikit crema (golden foam) untuk mengurangkan rasa pahit Americano sebagai foundation layer. Biasanya di negara kita, Americano ini sinonim konsepnya dengan Kopi O kerana tiada susu ditambah ke dalamnya.

4.Cappucino
credit to unknown
             Cappuccino merupakan Viennese-style coffee yang menggunakan espresso berasal daripada Italy dan mengikut tradisi ia served dengan steamed milk foam. Asal-usul nama Cappuccino dipetik daripada bahasa Latin iaitu Caputium yang dipinjam daripada bahasa Jerman yang bermaksud "menutup". This is because untuk menyediakan Cappuccino, kopi Espresso dilitupi dengan steamed milk dan juga milk layer foam sebagai hiasan paling atas pada bahagian cup. Cappuccino yang sedap biasanya mempunyai rasa kaya lemak susu dengan pahit manis Espresso. Jadi, barista biasanya perlu teliti untuk letakkan susu dan Espresso together supaya rasa Cappuccino tidak tenggelam dengan rasa susu yang terlalu banyak dan tidak muak untuk diminum.

5.Latte
credit to Coffee Made Better
                Latte merupakan kopi hasil kombinasi antara Espresso dengan steamed milk. Latte is different to Cappuccino sebab dia tiada lapisan thick foam layer di atasnya. Hanya Espresso dan steamed milk sahaja. Maksud Latte originated daripada bahasa Itali yang bermaksud susu. From time to time, various jenis susu seperti susu soya dan susu almond consumed untuk menggantikan steamed milk dalam Latte. Tahukah anda, sekiranya berkunjung ke Italy, customer perlu order cafe Latte instead of Latte kerana jika memesan Latte, barista akan serves hot milk kepada customer, bukan kopi Latte seperti yang dimahukan.


6.Macchiato
credit to Julia Mueller
                Macchiato sebenarnya telah diupgrade sedikit from Espresso biasa kerana ia telah ditambah dengan satu sudu kecil steamed milk di tengah-tengah kopi Espresso. Dalam bahasa Itali, Macchiato membawa maksud "small spot". Untuk menyediakan Macchiato, satu atau dua drop steamed milk perlu ditambah  ke dalam Espresso. Basically, ada beza kopi ini dengan Latte disebabkan oleh warna dia. Warna Macchiato lebih gelap kerana steamed milk poured lagi sikit compared dengan Latte.

7.Mochaccino
credit to unknown
                Mochaccino ni actually sama sahaja dengan Latte cuma yang specialnya ia served sekali dengan serbuk koko dan juga gula. Nama Mochaccino bukanlah berasal daripada Itali tetapi ia derived from Mocha, the city of Yemen. Mochaccino ni considered as a very high caffeinated compared to the rest coffees disebabkan oleh kandungan biji kopi dan biji koko yang sangatlah tinggi. Barista biasanya akan tambah sedikit element spices dalam Mochaccino like serbuk kulit kayu manis, marshmallow atau whipped cream untuk coffee decoration.

                 Kesimpulannya, jenis-jenis kopi di atas banyak dijual di cafe serata dunia. Each coffee has its own history and its uniqueness attract consumers around the world as well. Each type of coffee juga ada banyak jenis composition ingredients dan juga additional ingredients lain untuk improve lagi rasa kopi. Kopi actually perlu consumed berpada-pada kerana overconsumption often leads to diabetes but it's okay to drink it once in a while. Keep calm and drink coffee!

           
            Cuba imagine kita pergi shopping atau saja jalan-jalan cari makan lepas tu jumpa kedai makan yang sajikan ayam Korea.Alaa Ayam korea yang famous dengan rasa manis ditambah pula rasa pedas cili tu yang buat kita rasa nak tambah lagi tu haa.Tapi kali ni aku nak cerita pasal food delivery yang sajikan set makanan Korea dari HOKC Ezzy Ash di Kuantan!


Logo HOKC



            HOKC ni sebenarnya masakan Korea yang dimasak dari rumah.Orang kata home-made style fresh dari kuali sebelum hantar dekat pelanggan.Owner HOKC, Cik Puan (Dah kahwin ye) Izatul Ashida saya panggil Kak Ezzy ni dapat idea untuk memasak makanan Korea selepas dah grad dari UniKL ambil course Engineering. Dulu beliau buat part time je sekarang Alhamdulillah bisnes beliau dah makin maju.So selalu jugak terima order ulang-alik dari rumah ke area Kuantan dan sekitarnya.Saya pernah jumpa ownernya peramah dan selalu jugak tanya feedback dari regular dan new customer sedap atau tak.Customer service HOKC memang power sebab tu selalu ada orang repeat order.


             



















               Kat sini saya sertakan sekali menu-menu yang ada di HOKC.Range price makanan Korea yang dijual antara RM10-RM20 tambah Cash On Delivery(COD) RM4.Gerenti cukup satu hari makan sebab portion dia banyak woo.Semalam sahaja saya dah simpan set Buldak Cheese masa tengah hari dan petang.Semua makanan dia tak kedekut kuah tau.Cheese pun banyak.Menu yang palin legend untuk makan tak lain tak bukan Korean Chicken Cheese dia. Ayam disalut dengan tepung rangup kena pula dengan sos pedas memang kena dengan selera tekak.
[Click Here]Official Facebook HOKC
[Clisck Here]Official Instagram HOKC
 
Set Buldak Cheese + Kimbap 


 
         Aku rate ⭐10/10 untuk HOKC.Dan jangan lupa jugak follow Official Facebook dan Instagram HOKC.Spesifik menu InshaAllah akan diupdate from time to time.HOKC biasanya selalu buat delivery dekat Kuantan setiap hari kecuali hari Rabu delivery di Pekan.Akhir kalam, untuk masak Korean Food ni perlu korban sikit masa,wang dan tenaga tapi frankly speaking, set Korean Food yang dibuat oleh orang tempatan actually memang sedap kalau kena dengan cara dia,tak rugi untuk kita merasa sekali sekala.Okay,see you again next time!
Newer Posts

HELLO, THERE!



LET'S BE FRIENDS

Recent Posts

Blog Archive

  • January (5)

Report Abuse

Labels

Blog Feed Food Review Movie Review

Sponsor

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates