[Movie Review]Dolittle(2020)
Cerita Dolittle ni mengisahkan tentang John Dolittle,seorang doktor yang merawat manusia dan juga haiwan yang sakit.Dr. Dolittle ni dia ada satu kelebihan yang jarang-jarang orang boleh nampak iaitu bercakap dengan haiwan.
Movie Dolittle ni merupakan adaptasi siri novel kanak-kanak ditulis oleh Hugh Lofting pada tahun 1920.Mendiang Lofting mula menulis novel Dolittle semasa World War II kepada anak-anaknya.Genre Dolittle ni adalah fantasy adventure.Cerita Dolittle ni banyak diadaptasikan into novels,animation and live action di Eropah dan dikatakan popular sekitar 40-an.
Apa yang menarik mengenai cerita Dolittle ni adalah pelakon popular Marvel Ironman,Robert Downey Jr. as the main cast of the movie.Bukan setakat tu je,malah beliau jadi penerbit filem ini untuk Universal Studios dengan gandingan pelakon suara Hollywood seperti Selena Gomez,John Cena,Emma Thompson dll.
Dr. Dolittle (Robert Downey Jr.) is an eccentric doctor yang berkebolehan untuk memahami bahasa haiwan dan menjadikan mereka sebagai member rapat dalam perubatan.Hidup Dolittle ni sangatlah happy sebab beliau banyak ubati permaisuri dan rakyat jelata yang sakit sehinggalah dapat sebuah rumah untuk menjaga wildlife dengan isteri tercinta,Lily Dolittle (Kasia Smutniak) seorang penggembara.Tapi happy moment Dolittle tak kekal lama bila isterinya mati dihanyut ombak besar semasa menggembara di laut.Dr. Dolittle mengalami mental breakdown yang teruk kehilangan isteri tercinta sehingga memaksa beliau untuk mengasingkan diri dari orang ramai.
One boy nama dia Tommy Stubbins (Harry Collet) keluar memburu dengan pakciknya.And then suddenly tertembak tupai atas pokok.Stubbins pun ikut Polynesia,seekor parrot yang boleh bercakap ke tempat hideout Dr. Dolittle untuk merawat tupai.Stubbins terkena jerat Dr. Dolittle and then terjumpa dengan Rose (Carmel Laniado) dayang istana.Rose ingin berjumpa dengan Dr. Dolittle kerana ketika itu Raja Permaisuri,Queen Victoria(Jessie Buckley) tenat dan perlukan ubat untuk merawat baginda.Dr. Dolittle pada mulanya hesitate untuk merawat baginda tapi disebabkan kontrak tanah yang pernah dibuat dengan Queen Victoria,Dr. Dolittle and the voyage memulakan adventure mereka mencari Eden Tree untuk merawat Queen Victoria.
Pada pendapat aku,watak Dolittle ni lebih kurang macam Sherlock Holmes dalam dunia kanak-kanak sebab beliau pandai plan strategi untuk tangkap semua penjahat termasuk musuh ketat beliau,Dr Mudfly (Michael Sheen) yang cuba halang Dolittle and the gang ini cari penawar di pulau.Robert Downey Jr. is a very talented actor sebab beliau berupaya untuk melakonkan watak yang serius diselang-seli dengan humour tersendiri.
Karakter yang paling aku suka tengok dalam movie ni adalah Polynesia,seekeor parrot sebab dia berfikir panjang dan kreatif selesaikan masalah.Eventhough Poly selalu berbeza pendapat dengan Dolittle tapi dia ada sifat convincing yang tinggi.No wonder Poly ni karakter yang paling menyerlah dalam movie Dolittle.Besides,she is caring dengan member-member Dr. Dolittle.Mungkin certain plot cerita dalam movie ni takkan hidup kalau karakter Poly ni tiada untuk gerakkan cerita Dolittle.
Cerita Dolittle ni jalan cerita best cuma dia ada banyak kelemahan yang perlu dibaiki.Movie ni terlalu sarat dengan jalan cerita yang tak perlu menyebabkan movie ni kurang unsur dramatic kepada penonton.Transition from one scene to another nampak cepat sangat so dia nampak a total mess semasa ditayangkan.Watak haiwan as CGI rasanya biar cukup-cukup sahaja.Terlalu ramai character sedikit sebanyak mengganggu tone suara dalam movie ni.
Overall,aku rate cerita ni ⭐6/10.Movie Dolittle ada special moral value which is kita usaha tunaikan hasrat orang yang kita sayang.Cerita ni perlu digarap lebih elok.Sepatutnya producer dan scriptwriter perlu bijak bahagikan scene mengikut kesesuaian agar penonton enjoy dan faham cerita yang nak disampaikan.
0 comments