[Food Review]House of Korean Chicken By Ezzy Ash
Cuba imagine kita pergi shopping atau saja jalan-jalan cari makan lepas tu jumpa kedai makan yang sajikan ayam Korea.Alaa Ayam korea yang famous dengan rasa manis ditambah pula rasa pedas cili tu yang buat kita rasa nak tambah lagi tu haa.Tapi kali ni aku nak cerita pasal food delivery yang sajikan set makanan Korea dari HOKC Ezzy Ash di Kuantan!
Logo HOKC |
HOKC ni sebenarnya masakan Korea yang dimasak dari rumah.Orang kata home-made style fresh dari kuali sebelum hantar dekat pelanggan.Owner HOKC, Cik Puan (Dah kahwin ye) Izatul Ashida saya panggil Kak Ezzy ni dapat idea untuk memasak makanan Korea selepas dah grad dari UniKL ambil course Engineering. Dulu beliau buat part time je sekarang Alhamdulillah bisnes beliau dah makin maju.So selalu jugak terima order ulang-alik dari rumah ke area Kuantan dan sekitarnya.Saya pernah jumpa ownernya peramah dan selalu jugak tanya feedback dari regular dan new customer sedap atau tak.Customer service HOKC memang power sebab tu selalu ada orang repeat order.
Kat sini saya sertakan sekali menu-menu yang ada di HOKC.Range price
makanan Korea yang dijual antara RM10-RM20 tambah Cash On Delivery(COD)
RM4.Gerenti cukup satu hari makan sebab portion dia banyak woo.Semalam
sahaja saya dah simpan set Buldak Cheese masa tengah hari dan
petang.Semua makanan dia tak kedekut kuah tau.Cheese pun banyak.Menu yang palin legend untuk makan tak lain tak bukan Korean Chicken Cheese
dia. Ayam disalut dengan tepung rangup kena pula dengan sos pedas memang kena dengan selera tekak.
[Click Here]Official Facebook HOKC |
[Clisck Here]Official Instagram HOKC |
Aku rate ⭐10/10 untuk HOKC.Dan jangan lupa jugak follow Official Facebook dan Instagram HOKC.Spesifik menu InshaAllah akan diupdate from time to time.HOKC biasanya selalu buat delivery dekat Kuantan setiap hari kecuali hari Rabu delivery di Pekan.Akhir kalam, untuk masak Korean Food ni perlu korban sikit masa,wang dan tenaga tapi frankly speaking, set Korean Food yang dibuat oleh orang tempatan actually memang sedap kalau kena dengan cara dia,tak rugi untuk kita merasa sekali sekala.Okay,see you again next time!
0 comments