Jom Minum Kopi
Hari ni lepas dah penat buat kerja satu hari,kita mesti rasa macam nak minum something fresh kan? Most of the time certain orang suka minum kopi disebabkan oleh aromanya yang tersendiri. Seperti yang semua orang tahu, nowadays banyak cafe yang offer various types of coffee yang mempunyai rasa, tekstur dan cara penyediaan yang unik untuk huge fans. Adat minum kopi ni digemari ramai sejak zaman-berzaman dan mula berevolusi mengikut citarasa masing-masing. Aku tiada tea untuk spill kali ni for you guys. Instead, kita santai-santai je hari ni nak sembang mengenai 7 jenis kopi yang paling sedap dijual kedai-kedai kopi seantero dunia.
Credit to Coffee Sesh |
1.Affogato
credit to Munchkin Time |
Affogato sebenarnya merupakan dessert daripada Italy yang bermaksud "tenggelam". Based on gambar di atas, espresso panas dituang ke dalam satu scoop aiskrim gelato. Hasilnya, aiskrim gelato itu akan cair dalam espresso dan terhasillah kopi Affogato. Minuman Affogato sangat popular di Eropah disebabkan oleh best combination antara rasa manis berlemak aiskrim itu sendiri dengan rasa pahit Espresso. Affogato ni biasanya disajikan dalam bentuk dessert tapi ada juga kafe yang jadikan ia sebagai beverage dalam menu. Di Malaysia jarang sangat nampak kafe yang serve Affogato and aku suggest kafe di luar sana sepatutnya cuba sajikan minuman ini untuk beri sedikit kelainan kepada customer.
2.Espresso
credit to Rappler |
Espresso merupakan basic coffee yang diekstrak daripada biji kopi yang telah dikisar bersama air panas with high pressure. Kopi Espresso berasal daripada Milan, Itali. Espresso berasal daripada bahasa Itali yang bermaksud express kerana penyediannya dalam masa yang sangat singkat. Espresso pada mulanya dianggap sebagai susah nak buat kerana air yang sangat menggelegak daripada mesin menyebabkan biji kopi hangus dalam skala yang besar sehingga pada tahun 1938, mesin kopi yang dicipta oleh Cremonesi menggunakan air panas instead of air mendidih untuk menghasilkan kualiti Espresso yang lebih baik. Kebanyakan kafe perlu membuat Espresso most of the time kerana ia merupakan base coffes lain seperti Macchiato, Americano, Cappuccino dan juga Latte.
3.Americano
credit to Abbie Provost |
Kopi Americano (juga dikenali sebagai Long Black Coffee) merupakan kopi Espresso yang ditambah air panas ke dalamnya. Preparation untuk membuat Americano ini dengan menggunakan ratio content Espresso kepada hot water ikut nisbah 1:1 untuk elakkan Americano daripada terlalu cair. Americano banyak diminum semasa World War II kerana penduduk Amerika pada masa itu melimitkan coffee consumption dan dalam masa yang sama kekalkan tradisi kopi Espresso. Biasanya barista menambahkan sedikit crema (golden foam) untuk mengurangkan rasa pahit Americano sebagai foundation layer. Biasanya di negara kita, Americano ini sinonim konsepnya dengan Kopi O kerana tiada susu ditambah ke dalamnya.
4.Cappucino
credit to unknown |
Cappuccino merupakan Viennese-style coffee yang menggunakan espresso berasal daripada Italy dan mengikut tradisi ia served dengan steamed milk foam. Asal-usul nama Cappuccino dipetik daripada bahasa Latin iaitu Caputium yang dipinjam daripada bahasa Jerman yang bermaksud "menutup". This is because untuk menyediakan Cappuccino, kopi Espresso dilitupi dengan steamed milk dan juga milk layer foam sebagai hiasan paling atas pada bahagian cup. Cappuccino yang sedap biasanya mempunyai rasa kaya lemak susu dengan pahit manis Espresso. Jadi, barista biasanya perlu teliti untuk letakkan susu dan Espresso together supaya rasa Cappuccino tidak tenggelam dengan rasa susu yang terlalu banyak dan tidak muak untuk diminum.
5.Latte
credit to Coffee Made Better |
Latte merupakan kopi hasil kombinasi antara Espresso dengan steamed milk. Latte is different to Cappuccino sebab dia tiada lapisan thick foam layer di atasnya. Hanya Espresso dan steamed milk sahaja. Maksud Latte originated daripada bahasa Itali yang bermaksud susu. From time to time, various jenis susu seperti susu soya dan susu almond consumed untuk menggantikan steamed milk dalam Latte. Tahukah anda, sekiranya berkunjung ke Italy, customer perlu order cafe Latte instead of Latte kerana jika memesan Latte, barista akan serves hot milk kepada customer, bukan kopi Latte seperti yang dimahukan.
6.Macchiato
credit to Julia Mueller |
Macchiato sebenarnya telah diupgrade sedikit from Espresso biasa kerana ia telah ditambah dengan satu sudu kecil steamed milk di tengah-tengah kopi Espresso. Dalam bahasa Itali, Macchiato membawa maksud "small spot". Untuk menyediakan Macchiato, satu atau dua drop steamed milk perlu ditambah ke dalam Espresso. Basically, ada beza kopi ini dengan Latte disebabkan oleh warna dia. Warna Macchiato lebih gelap kerana steamed milk poured lagi sikit compared dengan Latte.
7.Mochaccino
credit to unknown |
Mochaccino ni actually sama sahaja dengan Latte cuma yang specialnya ia served sekali dengan serbuk koko dan juga gula. Nama Mochaccino bukanlah berasal daripada Itali tetapi ia derived from Mocha, the city of Yemen. Mochaccino ni considered as a very high caffeinated compared to the rest coffees disebabkan oleh kandungan biji kopi dan biji koko yang sangatlah tinggi. Barista biasanya akan tambah sedikit element spices dalam Mochaccino like serbuk kulit kayu manis, marshmallow atau whipped cream untuk coffee decoration.
Kesimpulannya, jenis-jenis kopi di atas banyak dijual di cafe serata dunia. Each coffee has its own history and its uniqueness attract consumers around the world as well. Each type of coffee juga ada banyak jenis composition ingredients dan juga additional ingredients lain untuk improve lagi rasa kopi. Kopi actually perlu consumed berpada-pada kerana overconsumption often leads to diabetes but it's okay to drink it once in a while. Keep calm and drink coffee!
0 comments