Inspirasi Bujo

by - January 07, 2020

      Korang nak belajar cara mengurus masa?Nak improve performance untuk complete task berlambak-lambak? Perlukan suatu benda untuk keep track aktiviti korang setiap hari?Mungkin Bullet Journal benda yang korang semua perlukan!

Apa itu Bullet Journal?

       Bullet Journal atau Bujo mula diperkenalkan oleh Ryder Caroll, a designer from New York.Beliau dah lama guna bullet journal method ni since ada masalah untuk concentrate buat kerja beliau. Bullet Journal ni dikira sebagai medium untuk kita semua letak apa sahaja,from diary, to do list or even sketches.Bullet journaling ni is a great thing to do because sebagai contoh you guys seorang yang aktif dan ada macam-macam komitmen perlukan bullet journal untuk keep track semua activities korang. Bullet Journal ni dia ada macam-macam style,yang dah print mahupun D.I.Y. semua ikut kreativiti kita.

Apa yang diperlukan untuk Bullet Journal?

        Bullet journal ni kan sumpah simple sangat-sangat.All you have to do is buying a pen and a notebook.Eh itu sahaja ke?Tiada benda lain?Okey bagi yang suka berkreativiti you guys boleh guna pen brush,watercolour,stencil untuk tekap shapes dan sebagainya.


Apa benda yang boleh ditulis dalam Bullet Journal?

       Anything!Dari sekecil-kecil benda sampailah ke benda paling penting dalam hidup korang.Ini contoh inspiration untuk tulis dalam Bullet Journal korang sebagai rujukan.


Basic Content Untuk Letak Dalam Bullet Journal.

1. Keywords 

Keywords ni dia optional. Untuk yang suka lebih organized,korang boleh letak any keywords untuk event ikut hari yang spesifik.Katakanlah korang ada event yang cancel,ataupun perlu berdepan dengan deadline assignment,you guys boleh tanda apa sahaja untuk jadi rujukan di kemudian hari.

2.Monthly Log

Guna untuk track event monthly.Kadang-kadang designer kat luar sana dah tetapkan theme ikut bulan,so Bujo diorang end up akan nampak cantik tersusun je untuk menulis nanti.

3.Budget Tracking

 Make sure duit simpanan dibelanjakan pada tempat yang betul.

4.Daily Log

Keep track aktiviti kita dalam sehari.Dia ada banyak format,Nak yang lagi simple,korang boleh buat dalam bentuk to-do-list and bagi yang bertangan seni ada tulisan cantik,korang boleh buat dalam bentuk diary!

5.Summary 

Korang boleh juga rekod apa yang korang dapat or summarize untuk self reflection dan penambahbaikan untuk diri sendiri

    Aku start buat Bullet Journal ni lepas tengok AmandaRachLee, a designer and youtuber buat eksperimen Bujo.Aku suka tengok semua design Bujo yang dia buat step by step cantik dan unique.Semua artwork dia boleh inspired korang untuk decorate journal step by step.

  [Click Here]Channel AmandaRachLee

   Ini pula contoh journal aku buat tahun lepas.Buat masa ni aku baru sahaja belajar main colour hitam dan putih.InshaAllah kalau berkesempatan,aku belajar lagi cara buat bullet journal guna warna dan sketches macam-macam theme untuk tahun depan.

Budget Planning secara bulanan.Hutang atau income berapa banyak boleh dapat catit dalam ruangan ni.
Aku letak sticker sebagai wish board muka depan journal.
Plan meal beserta budget ikut bulanan semasa di UIA.
Summary secara bulanan untuk review dan reflection.
Senarai buku dibeli untuk dibaca kemudian hari
Senarai Movie 2020 dalam bentuk popcorn
Senarai lagu untuk didengari dalam bentuk handphone.







You May Also Like

0 comments